Wednesday, April 29, 2009

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH swt...

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat...

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit….

Dan sudah pasti waktu ada kematian…

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana… Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka……

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.

RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH ...

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku


IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu…

Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?


Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem “forward” kan email yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.


Tidakkah melucukan bila seseorang berkata “AKU BERIMAN PADA ALLAH” TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).


Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?


Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.


Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.


Aku berDOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

DO NOT CROSS YOUR LEGS!

Just for the sake of those who do not understand Chinese:

With reference from the attached pictures, for those who often cross their legs when sitting down for a long period of time, 3 unhealthy things will happen to them:

1) Their backbone tends to become "C" shape.
2) They will have neck aches and backaches on one side.
3) For ladies, their shoulder will tend to slant one sided causing their bra strap to slip down the slanted shoulder.

Office girls who cross their legs, please take note!



Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

Tuesday, April 28, 2009

Pesta Buku Antarabangsa di PWTC





Hari sabtu lepas 26 April umi, abah dan kimi ke pesta buku. Tinggal kereta kat stesen LRT cheras. Sampai PWTC pukul 10 lebih. Punyalah ramai orang. Umi apa lagi siap dengan beg galas khas bawak dari rumah untuk isi buku-buku yang bakal dibeli nanti. Chewah punyerlah semangat. Kimi abah yang dukung. Dekat gerai Karangkraf umi tak lepaskan peluang bergambar dengan penulis idola umi iaitu Ramlee Awang Murshid. Sempat juga beliau sain autograf kat novel terbarunya MIKHAIL. Lepastu umi ke tingkat atas dan memborong novel lagi. Maklumlah murah-murah. Gerai yang umi tuju ialah Syarikat Fajar Fakeer. Promosi 10 biji novel harga RM10. So umi tak lepas peluanglah terus beli. Buku kimi pun umi beli jugak harga tak mahal RM 1 setiap satu. Semua buku kimi 5 biji jadi RM5. Abah pun beli jugak buku dia. Lepas tu umi ke gerai Majalah Ujang, sempat beli paper bag harga RM4 dapat free 2 buah majalah Ujang keluaran bulan Feb dan Mac. Penat memang penat tapi puas hati. Balik lebih kurang pukul 2.30 petang. Sampai Stesen Cheras terus abah ajak makan kat gerai. Makan bihun sup dan ABC. Nyaman sungguh tekak...

Thursday, April 23, 2009

Hari Buku & Hakcipta Sedunia

Wah selamat menyambut Hari Buku & Hakcipta Sedunia pada hari ini. Umi ni pantang tengok buku. Kalau pergi jalan-jalan tu nampak aje kedai buku laju aje nak masuk. Tak beli pun takpe asalkan dapat cuci mata hihi. Hajat di hati nak ajak abah ke Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC hari Sabtu. Tapi tengok dulu macamana. Kalau pergi tu bolehlah cari bahan bacaan untuk kimi. Ok selamat membaca semua!

Jcard Day

Alahai... Hari ni ada J CARD MEMBERS’ DAY kat Jusco Cheras Selatan tau. Tapi umi tak dapat pegi sebab abah takde. Abah pegi berkhemah kat Lumut, Perak. Masuk hari ni dah 3 hari abah pegi. Esok baru balik. Berbalik pada Jcard day, kalau ikut pengalaman lepas memang ramai sangat. Sesak dan padat dengan orang ramai. Jualan sehingga 80% diskaun. Kalau tengahari tu ada happy hour selama 1 jam. Memang berbaloi untuk barang yang berjenama. Tahun lepas umi sambar 2 bag polo club. Yang besar tu umi pakai sebab boleh muat pampers, susu dan baju kimi. Satu lagi handbag umi bagi kat tokma kat kampung.

Barang-barang baby lagilah rambang mata. Semua murah-murah dan berkualiti. Rasa nak beli semua! Sabar-sabar... jangan lupa hari Jcard hanya untuk pelanggan Jusco yang ada kad ahli sahaja baru boleh menikmati diskaun hebat. Yang belum jadi ahli cepat-cepatlah apply ok. Opps lupa hari tu abah pun borong sakan baju kemeja dan tshirt. Abah ada extra money hehe...

Ni info ckit:

J CARD MEMBERS’ DAY

JUSCO CHERAS SELATAN

23 APRIL 2009-04-23

9am – 11 pm

Enjoy great privileges up to 70% discount. Call 1800 80 3535 for more info.

Wednesday, April 22, 2009

Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)

Alhamdullilah, lega rasanyer dah lepas exam MedSI tadi. Umi exam kat SMK Jalan Bukit, Kajang. Kimi ngan abah tunggu kat kantin. Nasib baik abah tak pergi main bola ari ni kalu tak terpaksalah umi balik ngan bas hehe... Exam tadi ok lah. Sempat jawab 300 soalan selama 1 jam tapi umi berjaya siap awal. 15 minit pukul 10 umi dah siap. Berkat study dan berdoa kepada Allah swt. Moga-moga berjayalah hendaknya.

Soalan MedSI kalau umi tak silap ada 3 bahagianlah rasanya. Bahagian A tu macam soalan INSAK KPLI. So sedikit sebanyak dapat membantu. Bahagian B mengenai perkara yang kita suka atau tak suka. Pilihan jawapan samaada Ya atau Tidak (macam lagu Erra Fazira). Bahagian ni semua umi jawab suka iaitu Ya. Maklumlah umi sentiasa suka perkara baru... Bahagian C pulak pilihan jawapan ada 4 pilihan iaitu

1. Sangat Tidak Tepat Dengan Diri Saya

2. Tidak Tepat Dengan Diri Saya

3. Tepat Dengan Diri Saya

4. Sangat Tepat Dengan Diri Saya

Mujurlah umi dah bersiap sedia dan boleh jawab dengan pantas. Bagi tempat pilihan temuduga pulak umi pilih B01 Bangi. Dekat sikit mudah abah nak hantar. Itupun kalau umi dapatlah kan. Mudah-mudahan. InsyaAllah.

Promote ckit – Baby Bites


Ini snek kesukaan kimi. Kadang petang-petang tu sambil main-main kimi suka makan snek Baby Bites ni lebih-lebih lagi yang berperisa lobak merah. Rasa dan bau dia sangat sedap dan wangi. Harganyer pun sangat berpatutan. Masa umi beli tu ada promosi percuma 3 pek. Snek ni sebagai pengenalan untuk kimi setelah giginyer tumbuh. Bolehla dia berlatih menggunakan giginya tu. Aduii sakit betul kalau terkena gigitan kimi yang suka menggigit. Nak test power la tu... hihi. Jangan bimbang Baby Bites sama sekali selamat kerana ia terus hancur segera dalam mulut.

Hadiah daripada Mamy & Baby


Umi ada hantar soalan dan gambar kimi kat majalah Mami & Baby. Tak disangka-sangka soalan yang umi hantar terpilih dan berperluang dapat hadiah barangan Johnson & Johnson. Pastu umi hantar pulak gambar kimi dalam ruangan Selamat Hari Jadi. Pun terpilih jugak. Dapat barangan Doremi (macam citer P. Ramlee kan). Umi pun sebenarnyer tak pernah dengar jenama ni. Tapi 100% keluaran Malaysia dari UNZA (MALAYSIA). Tak kisahlah yang penting boleh guna. Bedak dia wangi sebab mengandungi minyak Chamomile dan Cedarwood. Senang dibawa kemana-mana ecspecially time jalan jauh atau balik kampung.