Saturday, May 9, 2009

"Kongsi Tips Bersama" Mami & Baby

Umi rasa seronok sangat kerana surat umi terpilih dalam majalah kesayangan umi Mami & Baby di dalam ruangan "Kongsi Tips Bersama" untuk isu 54.
Jadi pihak Mami & Baby akan memberi hadiah tajaan Woodwards untuk surat yang tersiar. Kalau tiada aral hari ahad ni umi dan abah serta kimi akan ke Kuala Lumpur untuk mengambil hadiah tersebut.
Artikel umi yang tersiar tu bertajuk Cara-cara memberikan anak makan ubat. Di sini umi sertakan artikel tersebut.

"Cara-cara memberikan anak makan ubat"

Pertama sekali, jangan paksa anak anda makan. Secara umumnya orang yang demam kurang selera makan dan perkara yang sama juga berlaku kepada kanak-kanak.
Biarkan mereka menentukan bila dan apa yang ingin dimakan. Sudu sukatan, cawan sukatan atau picagari dapat membantu memastikan anak anda mendapat jumlah ubat secukupnya.
Elakkan penggunaan sudu biasa yang digunakan di rumah kerana saiznya tidak seragam. Memberikan ubat kepada kanak-kanak memang sesuatu yang menyukarkan. Ia memerlukan
kesabaran serta penggunaan teknik yang betul.

Pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat. Bagi bayi yang baru lahir hingga usianya satu tahun
cara pemberian adalah seperti mengenalpasti ubat dan cara penyediaan yang betul. Kemudian ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi. Pakai peralatan yang sesuai
untuk pemberian ubatan bagi menggelakkan bayi menutup mulut dan muntah. Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus. Bagi kanak-kanak yang berumur di antara
satu tahun hingga pra-sekolah, sediakan cecair, ubat kunyah atau ubat yang telah diceraikan atau dihancurkan.

Panduan pemberian:

Campurkan ubat dengan puding
Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat
Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut
Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat
Dalam kes tertentu anda mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji dengan ais krim atau puding
Jangan benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa.

0 ulasan:

Post a Comment